Media Relations

Newsroom

Unit Prestariang Peroleh Lanjutan Kontrak Bernilai RM10 Juta
03 Aug 2017
Bernama

KUALA LUMPUR, 2 Ogos (Bernama) -- Prestariang Systems Sdn Bhd (PSSB), unit Prestariang Bhd, menerima surat lantikan lanjutan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi bernilai RM10 juta, untuk mengagihkan dan menguruskan lesen perisian Microsoft bagi institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Prestariang, dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata lanjutan kontrak itu adalah bagi tempoh setahun, berkuat kuasa 3 Julai, 2017.

Pada 23 Ogos, 2011, PSSB memeterai perjanjian dengan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi kontrak di bawah program 'Managing University Software as an Enterprise' (Menguruskan Perisian Universiti sebagai satu Perusahaan).

"Kontrak yang dilanjutkan itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan, aset bersih sesaham dan tahap kadar hutang Prestariang Group pada masa depan," kata syarikat itu.



Source : http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1378309

Hits : 95 [ Back ]
INVESTOR RELATIONS
TRAININGS & CERTIFICATIONS
QUICK LINKS

Copyright © 2003- 2017 Prestariang. All Rights Reserved.
All trademarks referenced herein are the properties of their respective owners.
Terms and Conditions of Use

Total Visitor :